• News
  • TAKLIMAT TURNITIN

TAKLIMAT TURNITIN

turnitin

Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Perpustakaan UniSZA telah mengadakan satu taklimat berkenaan penggunaan perisian anti-plagiarisma iaitu Turnitin yang telah diadakan di Makmal Komputer, Perpustakaan pada 10 Februari 2015. Taklimat ini bertujuan untuk menghebahkan penggunaan Turnitin kepada semua penyelia dan pelajar siswazah fakulti dan institut yang terlibat. Dua orang wakil Turnitin hadir sebagai fasilitator iaitu Encik Daniel Choo dan Encik KC Tang. Taklimat dihadiri oleh Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah Institut, Wakil Fakulti, Pengurusan PPS serta Wakil dari Perpustakaan. Turnitin akan digunakan oleh semua pelajar dan juga penyelia siswazah di UniSZA.