Bengkel SOP PPS

sop1Bengkel SOP siswazah yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah di adakan di Legend Resort, Cherating, Pahang pada 26-28 Mac 2015. Seramai 17 peserta mewakili Pengarah Institut dan Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) Fakulti telah berkampung selama 3 hari 2 malam bagi memurnikan SOP pengajian siswazah diperingkat PPS dan fakulti. Alhamdulillah, berkat kerjasama serta kesungguhan semua peserta, SOP bagi pengajian siswazah telah dapat disiapkan dalam tempohmasa tersebut. PPS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.