• News
  • Minggu Pengajian Siswazah (PPS Week) 2015

Minggu Pengajian Siswazah (PPS Week) 2015

4image005Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Siswazah telah berjaya menganjurkan Minggu Pengajian Siswazah (PPS Week) 2015 bermula 17 sehingga 20 Mei 2015 bertempat di Dewan Perdana UniSZA Kampus Gong Badak. Perasmian dilakukan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman. Program selama empat hari dengan kerjasama 10 Fakulti dan 3 Institut Penyelidikan ini berjaya menerima permohonan dari 112 bakal pelajar Sarjana dan PhD dengan 13 daripadanya adalah pelajar antarabangsa. Apa yang menarik tentang PPS Week ini ialah kesemua 112 pelajar yang layak telah diberikan "offer letter" pada hari yang sama.

Terdapat pelbagai acara menarik yang disediakan. Antaranya ialah pertandingan poster siswazah yang telah disertai oleh 145 pelajar sarjana dan PhD dari 10 fakulti dan 3 institut penyelidikan. Selain dari itu ceramah dan forum akademik juga diadakan serta mendapat sambutan menggalakkan dari pelajar siswazah dan fakulti. Persembahan pelajar siswazah antarabangsa serta pameran makanan antarabangsa turut mendapat sambungan hebat dari pengunjung. Disamping itu juga, acara-acara sukan seperti futsal, badminton, netball, telematch dan bowling turut diadakan bagi merapatkan hubungan antara penyelia dan pelajar siswazah.

4image001  4image003 4image007